NOTA KEMAHIRAN HIDUP TINGKATAN DUA
Penubuhan dan Pengendalian Perniagaan

  1. Bantuan Perniagaan
    1. Maksud Bantuan Perniagaan
      - Perkhidmatan-perkhidmatan yang disediakan untuk menggerakkan aktiviti ekonomi khususnya perniagaan
      - Perkhidmatan yang diperluakan secara tidak langsung
    2. Kepentingan Bantuan Perniagaan
      • Membantu usahawan, peniaga dan pengeluar untuk memulakan perniagaan, menjalankan dan meluaskan perniagaan
    3. Jenis Bantuan Perniagaan
      • Bank
        1. Peranan
          - Membantu usahawan dan peniaga dalam aspek kewangan
        2. Jenis Perkhidmatan
          1. Memberi kemudahan simpanan wang
          2. Membayar dan menerima wang
          3. Memberi kemudahan pinjaman
          4. Memberi nasihat kewangan
          5. Menyediakan peti simpanan keselamatan
          6. Menjual cek kembara
          7. Menyediakan kemudahan kad kredit
          8. Menyediakan perkhidmatan tele perbankkan
          9. Menyediakan juruwang automatik (ATM) dan mesin deposit tunai dan cek
          10. Menyediakan perbankkan internet
        3. Jenis-jenis Bank
          1. Bank Pusat
            • Contoh : Bank Negara Malaysia
            • Fungsinya :
              1. Mengeluar dan mengawal mata wang
              2. Menjadi jurubank kepada kerajaan
              3. Menjadi jurubank kepada bank perdagangan
              4. Melaksanakan dasar kewangan negara
          2. Bank Perdagangan
            • Contoh : Public Bank, Bumiputra Commerce Bank bhd, May Bank
            • Fungsinya :
              1. Menyediakan kemudahan simpanan
              2. Menyediakan kemudahan pinjaman
              3. Menyediakan kemudahan pembayaran cek
              4. Menyediakan khidmat nasihat kewangan
          3. Bank Islam
            • Contoh : Bank Islam Malaysia dan Bank Muamalat Malaysia bhd.
            • Fungsinya :
              1. Menyediakan kemudahan simpanan
              2. Menyediakan kemudahan pinjaman tanpa riba
              3. Menyediakan kemudahan - kemudahan seperti bank perdagangan lain
                berasaskan hukum syara'
          4. Bank Koperasi
            • Contoh : Bank Rakyat, Bank Persatuan
            • Fungsinya :
              1. Menerima simpanan
              2. Memberi pinjaman kepada ahli-ahlinya
              3. Membuat pelaburan dalam projek pembangunan
          5. Bank Berkanun
            • Contoh : Bank Simpanan Nasional (BSN)
            • Fungsinya :
              1. Menerima simpanan daripada masyarakat golongan sederhana dan rendah
          6. Bank Saudagar
            • Contoh : RHB Sakura Merchant Bank Berhad
            • Fungsinya :
              1. Menyediakan perkhidmatan simpanan dan pinjaman kepada sektor korporat
              2. Menguruskan pelaburan dan menanggung jamin terbitan syer.

        Perbezaan

            SISTEM PERBANKKAN ISLAM   SISTEM PERBANKKAN KONVENSIONAL
        1.  Berlandaskan hukum Islam   Berlandaskan undang-undang sivil
         2.  Berasaskan pembahagian untung   Berasaskan kadar faedah atau bunga
         3.  Riba atau faedah adalah Haram   Faedah adalah amalan biasa
        4.  Objek perniagaan adalah produk atau perkhidmatan   Objek perniagaan adalah wang
        5.  Wang merupakan alat pertukaran   Wang adalah perkara utama
      • Insuran
        1. Peranan
          - Insuran diperlukan untuk melindungi diri dan harta perniagaan daripada sebarang risiko.
        2. Jenis Insuran
          1. Insuran kenderaan bermotor
          2. Insuran kebakaran
          3. Insuran jaminan amanah
          4. Insuran kecurian dan rompakan
          5. Insuran pampasan pekerja
          6. Insuran liabiliti awam
          7. Insuran nyawa
          8. Insuran perkapalan
        3. Jenis risiko perniagaan
          1. Risiko kehilangan nyawa
          2. Risiko kemalangan
          3. Risiko kerosakan harta benda
          4. Risiko kehilangan harta benda
        4. Risiko perniagaan yang tidak boleh diinsurankan
          1. Kegagalan meneruskan perniagaan
          2. Pengurusan perniagaan yang tidak cekap
          3. Perubahan fesyen dan cita rasa
          4. Kenaikan harga barang modal dan kenaikan upah
          5. Perubahan ekonomi negara dan ekonomi dunia
          6. Hutang lapuk
          7. Bencana alam
          8. Peperangan , rusuhan dan mogok
      • Pergudangan
        1. Maksud gudang
          - Tempat untuk menyimpan barang sehingga ada permintaan daripada pengguna
        2. Jenis-jenis gudang
          1. Gudang Peruncit
            - Dimiliki oleh peruncit besar-besaran
          2. Gudang Pemborong
            - Untuk menyimpan barang yang dibeli daripada pengeluar
          3. Gudang Pengilang
            - untuk menyimpan bahan mentah
            - untuk menyimpan barangan siap menunggu untuk dijual
          4. Gudang kerajaan
            - untuk menyimpan barangan keluaran agensi kerajaan
            - ada juga disewakan kepada peniaga
          5. Gudang berbon
            - untuk menyimpan barangan yang dikenakan cukai, tetapi cukainya belum dibayar
            - cukai akan dikenakan setelah barangan dukeluarkan
        3. Peranan pergudangan
          1. Membolehkan pengeluaran dijalankan berterusan
          2. Menjamin bekalan barang berterusan
          3. Membantu perniagaan import dan eksport
          4. Menstabilkan harga
          5. Menjamin keselamatan barang
          6. Mengelakkan pembaziran dan kerosakan barang
          7. Membolehkan kerja-kerja akhir dan pemecahan pukal dijalankan
      • Pengangkutan
        1. Maksud pengangkutan
          - Pengagihan barang-barang daripada satu tempat ke tempat yang lain
        2. Jenis pengangkutan
          1. Pengangkutan darat
          2. Pengangkutan udara
          3. Pengangkutan laut
          4.      
             Lori   Kargo Udara  Kapal Kontena
        3. Peranan pengangkutan
          1. Memudahkan pemindahan barang
          2. Meluaskan pasaran
          3. Mempelbagaikan pilihan pengguna
          4. Menggalakkan pengeluaran dan perniagaan secara besar-besaran
          5. Menggalakkan pertumbuhan ekonomi negara
          6. Memudahkan mobiliti tenaga buruh
          7. Mengurangkan kos menyimpan stok
          8. Menggalakkan perniagaan antarabangsa
      • Promosi
        1. Maksud promosi
        2. Jenis promosi
          1. Pengiklanan
            • Kaedah memberitahu dan mempengaruhi pengguna
            • Cara memujuk, memberitahu dan mengingatkan pengguna
            • Media : TV, akhbar, majalah , papan iklan, banting, risalah dan katalog
          2. Jualan terus
            • Melibatkan hubungan bersemuka
            • Jurujual akan diberikan gaji dan bonus serta tawaran komisyen
            • Contoh : Amway, Cosway, Avon, Leno
          3. Promosi jualan
            • Penggunaan pelbagai tawaran kepada pengguna seperti diskaun, peraduan dan kupon
            • berlangsung dalam tempoh masa tertentu dan tempat yang ditetapkan
          4. Publisiti
            • Maklumat yang disampaikan oleh orang pakar dan diakui dalam media cetak atau media elektronik
            • Ruang yang diberikan oleh media untuk seseorang pakar memberikan pandangan atau satu topik yang menjemput beberapa pakar memberikan pandangannya
        3. Faktor pemilihan jenis promosi
          1. Kos
          2. Jenis barangan
          3. Tujuan promosi
          4. Saiz perniagaan
          5. Sasaran pengguna
          6. Luas pasaran
          7. Dasar kerajaan
        4. Kepentingan promosi
          1. Memperkenalkan barangan atau perkhidmatan baru
          2. Mewujudkan permintaan terhadap barangan atau perkhidmatan
          3. Meningkatkan jumlah jualan dan keuntungan
          4. Menyaingi pesaing di pasaran
          5. Meningkatkan imej sesuatu jenama
          6. Mengekalkan pasaran sedia ada
      • Komunikasi
        1. Kepentingan komunikasi
          1. Urusan perniagaan dapat dijalankan dengan cepat dan berkesan.
          2. Memperluaskan pasaan keseluruh dunia
          3. Menyebarkan maklumat.
          4. Mengelakkan sesuatu bencana berlaku
          5. Memudahkan kawalan dan pentadbiran perniagaan
          6. Memudahkan promosi
        2. Faktor pemilihan jenis komunikasi
          1. Kos
          2. Kesegeraan
          3. Kemudahan
          4. Jarak
          5. Jenis maklumat
        3. Jenis Komunikasi
          1. Radio dan Televisyen
          2. Perkhidmatan Pos
          3. Perkhidmatan telekomunikasi
          4. Perkhidmatan kurier

Hak Cipta Muhammad Khairi.2007
SMK Bukit Jana, 34600 Kamunting

Masih dalam pembinaan .........