Nota Kemahiran Hidup Tingkatan Dua
Lukisan Teknik


 

  1. Alatan Lukisan Teknik
    1. Pensil
      • Pensil sesuai digunakan ialah bergred 2H, HB, dan 2B
      • Hujung mata pensil hendaklah sentiasa tajam

      Pensil keras (2H,4H)

      Pensil sederhana (H,B)

      Pensil lembut (2B)

      Pensil Mekanikal
    2. Pemadam
      • Dibuat daripada getah lembut.
      • Digunakan untuk memdam garisan dan tanda yang tidak dikehendaki
    3. Pembaris
      • Digunakan untuk memindahkan ukuran
      • Jenis yang biasa digunakan iaialah bersengatan 300mm/12inci.
    4. Kertas Lukisan
      • kertas lukisan terbahagi kepada 3 jenis
        1. Kertas lukisan biasa
          - digunakan untuk melukis lukisan prespektik, lukisan ortografik, lukisan oblik dan lukisan isometrik
        2. Kertas gred
          - digunakan untuk asas melukis lukisan oblik kabinet dan oblik kavilier
        3. kertas isogred
          - digunakan untuk asas melukis lukisan isometrik


      Kertas Lukisan


      Kegunaan kertas lukisan


      Kertas isogred


      Kegunaan kertas isogred


      Kertas gred


      Kegunaan kertas gred

    5. Papan Lukisan
      • Digunakan untuk meletakkan kertas lukisan

    6. Sesiku T
      • Digunakan membina garisan lurus mendatar
      • Digunakan juga sebagai tapak untuk membina garisan tegak dan serong/condong dengan set sesiku

    7. Set sesiku

      sesiku 30°/60°

      Sesiku 45°
    8. Jangka tolok
      • Digunakan untuk memindahkan jarak daripada pengukur ke atas garisan di atas kertas

    9. Jangka lukis
      • Digunakan untuk melukis bulatan dan garisan lengkok
      • Membina berbagai-bagai jenis sudut

  2. Jenis Garisan
    1. Garisan mendatar
      • Garis mendatar ialah garisan yang selari dengan panjang kertas

        Cara melukis garis mendatar
    2. Garisan menegak
      • Garis menegak ialah garisan yang selari dengan lebar kertas

        Cara melukis garis menegak
    3. Garisan bersudut
      • Garis mendatar ialah garisan yang condong dan mempunyai sudut-sudut tertentu
      • Garisan bersudut 45° , 30° dan 60° boleh dihasilkan dengan menggunakan set sesiku

        Cara melukis garis bersudut 30°


        Cara melukis garis bersudut 45°

    4. Garisan tepi
      • Garisan yang dikenali sebagai garisan sempadan
      • Dilukis dengan pensil H atau B

    5. Garisan benda
      • Garisan yang tebal dan hitam, digunakan untuk menunjukkan garisan objek/benda

    6. Garisan Lakaran
      • Garisan yang halus, digunakan untuk asas membina objek

    7. Garisan tersembunyi
      • Garisan yang diputuskan garis-garis pendek
      • Digunakan untuk menunjukkan garisan objek yang tidak boleh kelihatan

    8. Garisan tengah
      • Garisan yang diputuskan oleh titik-titik
      • Digunakan untuk menunjukan bahagian tengah objek

    9. Garisan keratan
      • Garisan yang menunjukkan kawasan keratan sesuatu objek
      • Ia dilukis condong 45° dan selari di antara satu sama lain

    10. Garisan dimensi
      • Garisan yang halus dan mempunyai anak panah dihujungnya
      • Digunakan untuk menunjukkan panjang, lebar dan tinggi sesuatu objek

  3. Bentuk Geometri
    1. Bulatan
      • Dilukis dengan menggunakan jangka lukis

      Diameter dan jejari bulatan

      Melukis bulatan dengan jangka lukis
    2. Segi tiga
      • Dilukis dengan menggunakan jangka lukis dan set sesiku

      Segi tiga sama

      Segi tiga tepat

      Segi tiga dua sama
    3. Segi empat
      • Dilukis dengan menggunakan jangka lukis dan set sesiku

      Segi empat tepat

      Segi empat sama
  4. Jenis Lukisan
    • Lukisan teknik terbahagi kepada 2 :
      a. Lukisan 2 dimensi - Lukisan ortografik
      b. Lukisan 3 dimensi - Lukisan oblik , lukisan isometrik dan lukisan prespektif
    1. Lukisan Isometrik
      • Lukisan isometrik adalah lukisan 3 dimensi
      • Lukisan isometrik terbina di atas paksi isometrik
      • Paksi isometrik terdiri daripada
        - satu garisan mendatar
        - satu garisan tegak
        - dua garisan condong/serong bersudut 30º


      Lukisan isometrik di atas paksi isometrik

       
      Isometrik
       

      Pelan
    2. Lukisan Oblik
      • Lukisan oblik adalah lukisan 3 dimensi
      • Lukisan oblik terbahagi 2
        - Oblik kabinet
        - Oblik kavilier
      • Lukisan oblik terbina di atas paksi oblik
      • Paksi oblik terdiri daripada
        - satu garisan mendatar
        - satu garisan tegak
        - satu garisan condong/serong bersudut 45º


      Lukisan oblik di atas paksi oblik

    3. Lukisan Ortografik
      • Lukisan ortografik adalah lukisan pelan
      • Lukisan ortografik terbina di atas paksi ortografik
      • Paksi ortografik terdiri daripada
        - satu garisan tegak dan satu garisan mendatar yang bersilang antara satu sama lain
        - satu garisan condong/serong yang bermula daripada titik silang garisan tegak dan garisan mendatar


      Melukis unjuran ortografik di atas kertas lukisan


      Melukis unjuran ortografik di atas kertas gred

    4. Mendimensi lukisan
      • Mendimensi bermaksud memberikan ukuran kepada garisan lukisan
      • Digunakan untuk menunjukkan saiz sesuatu projek supaya mudah dibina
      • Semua garisan dimensi dilukis halus dengan pensil 2H
      • Setiap garisan dimensi dilukis kepala anak panah

      Beberapa cara dimensi yang betul

      Garis yang panjang
      atau

      Garis yang pendek


      Contoh Mendimensi Ortografik ; Tinggi, lebar dan bulatan /separa bulatan

Asal


Hak Cipta © 2007. Muhammad Khairi.