KRITERIA PENTAKSIRAN KERJA KURSUS
KEMAHIRAN HIDUP BERSEPADU
TINGKATAN 2
 

KHB
TERAS KMT ERT PDK
2.1 Melakar reka bentuk projek 3.1 Menghasilkan lukisan isometrik 3.1 Merancang menu 3.1 Perniagaan dalam negeri - runcit
2.2 Penghasilan projek reka bentuk 3.2 Menghasilkan lukisan hamparan 3.2 Menyedia susunan kerja 3.2 Bantuan perniagaan
2.3 Menggunakan alatan tangan atau mesin 3.3 Menghasilkan lukisan keratan penuh 3.3 Menyedia dan memasak makanan 3.3 Keusahawanan
2.4 Membuat lukisan unjuran ortografik 3.4 Memateri 3.4 Menghidang makanan 3.4 Merekod urus niaga
2.5 Etika makan 3.5 Penghasilan projek 3.5 Menyusun atur pola blaus dan menggunting fabrik 3.5 Buku Tunai

KRITERIA PENTAKSIRAN KERJA KURSUS
KEMAHIRAN HIDUP BERSEPADU
TINGKATAN 2

KONSTRUK : KEMAHIRAN AMALI
BIL ASPEK KRITERIA GRED A CATATAN
2.1 Melakar reka bentuk projek
  1. Melakar sekurang-kurangnya 3 reka bentuk projek berdasarkan tema dan faktor reka bentuk.
  2. Menghasilkan 1 lakaran reka bentuk terbaik yang dipilih dengan kemas.
  3. Menyatakan sekurang-kurangnnya 3 faktor yang mempengaruhi pemilihan reka bentuk.
  4. Mendimensi lakaran reka bentuk yang dipilih.

 

Contoh tema : Peragaan Penyusunan Penyimpanan
2.2 Penghasilan projek reka bentuk
  1. Mengukur, menanda dan memotong menepati lakaran reka bentuk.
  2. Membentuk dan mencantum bahagian projek dengan kemas dan kukuh.
  3. Membuat kemasan yang sesuai.
  4. Mematuhi langkah keselamatan.

 

Evidens : Proses Produk
2.3 Menggunakan alatan tangan atau mesin
  1. Memilih alatan tangan atau mesin yang betul.
  2. Menggunakan alatan tangan atau mesin dengan cara yang betul dan selamat.
  3. Menyenggara alatan tangan atau mesin yang digunakan.
  4. Menyimpan alatan tangan atau mesin.

 

Evidens : Proses
2.4 Membuat lukisan unjuran ortografik
  1. Melukis mengikut konsep lukisan unjuran ortografik yang betul.
  2. Menggunakan jenis garisan yang betul dalam lukisan unjuran ortografik.
  3. Mendimensi (sekurang-kurangnya 3) lukisan unjuran ortografik dengan betul.
  4. Menghasilkan lukisan unjuran ortografik yang kemas dan bersih. Pelan, p.hadapan dan p. sisi mengikut pandangan sudut ketiga.

 

Kemas - Garisan sama tebal Evidens : Produk
2.5  Etika makan
  1. Mempersembahkan postur yang betul semasa makan.
  2. Mengamalkan tingkahlaku yang sopan semasa makan.
  3. Menggunakan alatan dengan betul dan sesuai. Postur ? Posisi atau sikap tubuh seseorang

 

Evidens : Proses

 

 

KRITERIA PENTAKSIRAN KERJA KURSUS
KEMAHIRAN HIDUP BERSEPADU
 - PERDAGANGAN DAN KEUSAHAWANAN
TINGKATAN 2

KONSTRUK : KEMAHIRAN KOMUNIKASI

BIL ASPEK KRITERIA GRED A CATATAN
3.1 Perniagaan dalam negeri - runcit
  1. Menyatakan jenis perniagaan yang runcit kecil-kecilan yang dipilih dengan betul.
  2. Menyenaraikan ciri utama perniagaan yang dipilih dengan betul.
  3. Menyatakan 4 jenis perniagaan runcit besar-basaran dengan betul.
  4. Menyenaraikan ciri perniagaan runcit besar-besaran dengan betul.
Pilih sebuah perniagaan runcit setempat
Evidens : Produk
3.2 Bantuan perniagaan
  1. Menerangkan maksud bantuan perniagaan dengan betul.
  2. Menyenaraikan 6 jenis bantuan perniagaan dengan betul.
  3. Menyenaraikan jenis bantuan perniagaan yang digunakan oleh perniagaan yang dipilih.
  4. Menyatakan peranan bantuan perniagaan yang dipilih oleh peniaga tersebut. Pelajar dikendaki membuat tinjauan sebuah perniagaan
Evidens : Produk
3.3 Keusahawanan
  1. Menyenaraikan 5 ciri utama usahawan dengan betul.
  2. Menyenaraikan 8 agensi kerajaan yang membantu usahawan.
  3. Menerangkan secara ringkas 5 peranan kerajaan dalam membantu usahawan.
  4. Menyatakan 3 bidang kegiatan yang diceburi oleh usahawan dengan betul.
Evidens : Produk
3.4 Merekod urus niaga
  1. Merekod urus niaga tunai ke dalam Akaun Tunai dan Akaun Bank dengan betul.
  2. Merekod urus niaga kredit ke dalam akaun penghutang dan akaun pemiutang dengan betul.
  3. Membuat catatan bergu untuk urus niaga tunai dengan sistematik.
  4. Membuat catatan bergu untuk urus niaga kredit dengan sistematik.
Evidens : Produk
3.5 Buku Tunai
  1. Menyediakan format Buku Tunai 2 ruangan.
  2. Merekod urus niaga dengan betul.
  3. Mengimbang Buku Tunai dengan betul.
Evidens : Produk

KRITERIA PENTAKSIRAN KERJA KURSUS
KEMAHIRAN HIDUP BERSEPADU 
 KEMAHIRAN TEKNIKAL
TINGKATAN 2


KONSTRUK : KEMAHIRAN KOMUNIKASI


BIL ASPEK KRITERIA GRED A CATATAN

3.1 Menghasilkan lukisan isometrik
  1. Menggunakan alatan lukisan teknik yang betul.
  2. Melukis mengikut konsep isometrik.
  3. Lukisan bersih, kemas dan tepat.
  4. Mendimensi lukisan (sekurang-kurangnya pada 3 tempat) dengan betul.
Kekemasan diambil kira dari segi :- Jenis garisan

Evidens : Produk

3.2

Menghasilkan lukisan hamparan
  1. Menggunakan alatan lukisan teknik yang betul.
  2. Melukis hamparan garis jejari dengan betul.
  3. Melukis hamparan garis selari dengan betul.
  4. Lukisan kemas, bersih dan tepat.
Kekemasan diambil kira dari segi :- Jenis garisan

Evidens : Produk

3.3

Menghasilkan lukisan keratan penuh

  1. Menggunakan alatan lukisan teknik yang betul.
  2. Melukis lukisan keratan penuh mengikut satah pemotongan.
  3. Melukis garisan keratan yang betul.
  4. Lukisan tepat, bersih dan kemas.
Lukisan hendaklah mengandungi pelan dan p. hadapan

Evidens : Proses

3.4

Memateri

  1. Memateri dengan kaedah yang betul.
  2. Memateri dengan kemas dan kukuh.
  3. Mematuhi langkah keselamatan.
  4. Mengurus tempat kerja dengan sempurna.
Kemas dan kukuh pada kaki komponen dan balapan

Evidens : Produk

3.5

Penghasilan projek

  1. Memasang komponen mengikut lukisan skematik atau lukisan bergambar pada bod litar.
  2. Projek berfungsi.
  3. Mematuhi langkah keselamatan.
Projek yang dihasil hendaklah mempunyai sensor atau kombinasi cahaya, bunyi dan sensor Bod litar : Verobod

Evidens : Produk

KRITERIA PENTAKSIRAN KERJA KURSUS
 KEMAHIRAN HIDUP BERSEPADU
 EKONOMI RUMAH TANGGA
TINGKATAN 2

KONSTRUK : KEMAHIRAN KOMUNIKASI

   

BIL ASPEK KRITERIA GRED A CATATAN
3.1 Merancang menu
  1. Memilih menu yang seimbang.
  2. Memilih menu yang sesuai dengan jenis sajian.
  3. Merancang menu dengan lengkap.
  4. Mempelbagaikan kaedah memasak.

 

Pilih menu :
  • Hid. makan tengahari,
  • Hid. makan malam,
  • Makanan bekal Lengkap mengandungi :-
    • Pilihan masakan,
    • Bahan dan kuantiti,
    • Kaedah memasak.

Evidens : Produk (Borang Perancangan Menu - Lamp.A)

 

3.2 Menyedia susunan kerja
  1. Menyediakan susunan kerja yang sistematik
  2. Mengagihkan masa memasak dengan sesuai.
  3. Menyediakan susunan kerja dengan lengkap. Menyediakan rancangan kerja untuk makanan bekal.

 

Hasil kerja lengkap mengandungi :-
  • Masa,
  • Susunan kerja,
  • Catatan
Evidens : Produk (Borang Susunan Kerja : Lamp. B)

 

3.3 Menyedia dan memasak makanan
  1. Menyedia dan memasak makanan mengikut langkah yang betul.
  2. Menggunakan alatan yang betul.
  3. Mematuhi peraturan keselamatan dan kebersihan.
  4. Menjimatkan penggunaan bahan masakan, api, elektrik dan air.

 

Boleh ditaksir :
  • Hidangan makanan bekal,
  • Hidangan makan tengahari,
  • Hidangan makan malam
Evidens : Proses (Menyedia dan memasak)

 

3.4 Menghidang makanan
  1. Menggunakan alatan menghidang yang betul.
  2. Menggunakan bahan hiasan yang sesuai dengan makanan.
  3. Mengamalkan kebersihan.
  4. Menghidang makanan dengan persembahan yang menarik.

 

Persembahan menarik meliputi :-
  • Aneka warna,
  • Kad menu,
  • Alas meja
  • Gubahan bunga yg sesuai
Evidens : Proses

 

3.5 Menyusun atur pola blaus dan menggunting fabrik
  1. Menyusun atur pola dengan betul.
  2. Menggunakan alatan dengan betul.
  3. Menggunting dengan cara yang betul.
  4. Menggunting fabrik dengan kemas

 

Evidens : Proses

 

 

JAWAPAN

3.1 Perniagaan dalam negeri - runcit
  1. Menyatakan jenis perniagaan runcit kecil-kecilan yang dipilih dengan betul.
  2. Menyenaraikan ciri utama perniagaan yang dipilih dengan betul.
  3. Menyatakan empat jenis perniagaan runcit besar-basaran dengan betul.
  4. Menyenaraikan ciri perniagaan runcit besar-besaran dengan betul
JAWAPAN :
  1. Nama perniagaan : Kamunting Hot Market a) Jenis perniagaan : Kedai am
  2. Ciri utama kedai am :
    1. Mudah ditubuhkan.
    2. Memerlukan modal yang kecil.
    3. Mudah diuruskan.
    4. Dimiliki secara persendirian atau berkongsi.
    5. Menjual pelbagai jenis barang keperluan dalam kuantiti yang kecil.
    6. Jualan secara tunai kecuali pelanggan tetap.
    7. Memberikan layanan peribadi kepada pelanggan.
    8. Bekalan daripada pemborong atau pembekal.
    9. Berdekatan dengan rumah pelanggan.
    10. Kos overhed yang rendah.
    11. 4 jenis perniagaan runcit besar-besaran :
      1. Pasar raya
      2. Gedung aneka jabatan
      3. Kedai sejaras
      4. Francais
    12. Ciri-ciri perniagaan runcit besar-besaran :
      1. Memerlukan modal yang besar.
      2. Ditubuh secara perkongsian atau syarikat.
      3. Sukar ditubuhkan kerana banyak prosedur dan peraturan.
      4. Menjalankan pengkhususan dalam urusan perniagaan.
      5. Terdapat di pinggir bandar dan bandar besar sahaja.
      6. Kos overhed yang tinggi.
      7. Mengeluarkan barang sendiri atau membeli barang secara pukal daripada pengeluar atau pengilang.
      8. Harga barangan adalah tetap dan tidak boleh tawar menawar.
      9. Urus niaga jualan secara tunai dan menerima kad kredit.
      10. Sistem layan diri.
      11. Menyediakan pelbagai jenis kemudahan untuk keselesaan dan kemudahan pelanggan.

JAWAPAN

3.2 Bantuan perniagaan
  1. Menerangkan maksud bantuan perniagaan dengan betul.
  2. Menyenaraikan 6 jenis bantuan perniagaan dengan betul.
  3. Menyenaraikan jenis bantuan perniagaan yang digunakan oleh perniagaan yang dipilih.
  4. Menyatakan peranan bantuan perniagaan yang dipilih oleh peniaga
JAWAPAN :
  1. Maksud bantuan perniagaan : perkhidmatan-perkhidmatan yang disediakan oleh pihak lain untuk menggerakkan dan melancarkan sesuatu aktiviti perniagaan yang dijalankan.
  2. 6 jenis bantuan perniagaan :
    1. Komunikasi
    2. Pengangkutan
    3. Pergudangan
    4. Insurans
    5. Perbankan
    6. Promosi
  3. Bantuan perniagaan yang digunakan oleh Pasaraya The Store :
    1. Komunikasi
    2. Pengangkutan
    3. Pergudangan
    4. Insurans
    5. Perbankan
    6. Promosi
  4. Peranan bantuan perniagaan yang dipilih oleh peniaga : Jenis bantuan perniagaan Peranan
    1. Komunikasi
      •  Melicinkan dan mempercepatkan urusan perniagaan.
      •  Memudahkan pengurusan dan pentadbiran perniagaan.
      •  Memperluaskan dan menerokai pasaran.
      •  Memudahkan kegiatan promosi.
      • Pengangkutan
      •  Mengurangkan kos penyimpanan stok.
      •  Mengelakkan pembaziran
      •  Mengagih barangan ke merata-rata tempat dan memperluaskan pasaran.
    2. Pergudangan
      • Membolehkan barangan disimpan dengan selamat.
      • Mengelakkan kerosakan dan pembaziran.
      • Memastikan bekalan sentiasa mencukupi.
      • Menstabilkan harga barangan di pasaran.
      • Memudahkan aktiviti memecah pukal.
    3. Insurans
      • Melindungi peniaga daripada pelbagai risiko menerusi bayaran pampasan.
      • Jenis risiko yang boleh diinsuranskan oleh peniaga seperti kemalangan, kecederaan, kebakaran, jaminan setia, liabiliti awam, pampasan pekerja, kecurian, rompakan, kerosakan atau kehilangan harta benda dan banjir.
    4. Perbankan
      • Melicinkan urusan kewangan bagi perniagaan dengan menyediakan pelbagai perkhidmatan seperti kemudahan simpanan, kemudahan pembayaran, kemudahan pinjaman, kemudahan peti simpanan keselamatan, kemudahan mesin deposit tunai dan cek, kemudahan kad kredit, perkhidmatan ATM, perbankan internet.
    5. Promosi
      • Menyampaikan maklumat dan mewujudkan permintaan.
      • Memjuk dan mempengaruhi pengguna.
      • Mengekalkan dan memperluaskan pasaran.
      • Menambahkan jualan dan keuntungan.
      • Mengatasi pesaing.

JAWAPAN

3.3 Keusahawanan
  1. Menyenaraikan 5 ciri utama usahawan dengan betul.
  2. Menyenaraikan 8 agensi kerajaan yang membantu usahawan.
  3. Menerangkan secara ringkas 5 peranan kerajaan dalam membantu usahawan.
  4. Menyatakan 3 bidang kegiatan yang diceburi oleh usahawan dengan betul.
JAWAPAN :
  1. 5 ciri utama usahawan :
    1. Kreatif
    2. Inovatif
    3. Sanggup menghadapi risiko
    4. Bijak mengambil peluang
    5. Daya usaha yang berterusan
  2. 8 Agensi kerajaan yang membantu usahawan :
    1. Majlis Amanah Rakyat (MARA)
    2. Pusat Pembangunan Usahawan Malaysia (MEDEC)
    3. Lembaga Kemajuan Perindustrian Malaysia (MIDA)
    4. UDA Holdings Berhad (UDA)
    5. Institut Penyelidikan dan Pembangunan Pertanian Malaysia (MARDI)
    6. Institut Piawaian dan Penyelidikan Perindustrian Malaysia (SIRIM BERHAD)
    7. Lembaga Minyak Sawit Malaysia (MPOB)
    8. Perbadanan Kemajuan Ekonomi Negeri (PKEN)
  3. 5 peranan kerajaan dalam membantu usahawan :
    1. Bimbingan dan latihan : memberi bimbingan dan latihan dalam bidang keusahawanan seperti pengetahuan perniagaan, pengurusan perniagaan, perakaunan, latihan semasa bekerja, latihan motivasi.
    2. Prasarana : membantu usahawan baru bersaing dengan usahawan yang telah berjaya dengan menyediakan kawasan perindustrian, ruang niaga, bekalan air dan elektrik.
    3. Kajian dan penyelidikan : membantu usahawan meningkatkan mutu barangan keluaran supaya dapat bersaing dalam pasaran dengan menjalankan kajian dan penyelidikan, memperbaiki kualiti keluaran, meluaskan penggunaan bahan mentah, meningkatakan produktiviti, mengurangkan kos pengeluaran
    4. Pinjaman kewangan : menyediakan pelbagai bantuan kewangan seperti Skim Pinjaman MARA, Pinjaman Penggal MIDF, Pinjaman Bank Pertanian, Skim Pinjaman Khas Bank Bumiputra, Pinjaman Skim Mikro Kredit, Pembiayaan Perniagaan Am, Skim Rancangan Berniaga Kecil.
    5. Galakan dan insentif : memberikan pelbagai galakan dan insentif kepada usahawan bagi memastikan mereka mempunyai daya saing dan terus kekal dalam pasaran melalui taraf perintis, duti import, kuota, galakan eksport, embargo.
  4. 3 bidang kegiatan yang diceburi oleh usahawan :
    1. Bidang pengeluaran : ekstraktif, pertanian, perkilangan, pembinaan.
    2. Bidang perkidmatan : menservis kenderaan, juruukur, jurubina.
    3. Bidang pemasaran / agihan : pemborong, jualan terus.

JAWAPAN

3.4 Merekod urus niaga
  1. Merekod urus niaga tunai ke dalam Akaun Tunai dan Akaun Bank dengan betul.
  2. Merekod urus niaga kredit ke dalam akaun penghutang dan akaun pemiutang dengan betul.
  3. Membuat catatan bergu untuk urus niaga tunai dengan sistematik.
  4. Membuat catatan bergu untuk urus niaga kredit dengan sistematik.
Arahan : Rekodkan urus niaga yang berikut dalam akaun-akaun yang berkenaan.
  Jun 1 Baki tunai di tangan RM 870
     Baki tunai di bank   6100
  3 Belian kredit daripada Syarikat Ramli 320
  5 Jualan kredit kepada Nazri 200
  6 Beli alat tulis secara tunai 20
  8 Belian kredit daripada Syarikat Max 380
  12  Terima bayaran secara tunai daripada Nazri 200
  15   Bayar dengan cek kepada Syarikat Ramli 320
  16 Bayar tambang secara tunai  30
  17  Belian kredit daripada Syarikat Ramli 420
  19 Belian kredit daripada Syarikat Max 520
  21 Bayar dengan cek kepada Syarikat Max  900
  28 Bayar bil elektrik secara tunai  150
  29 Bayar upah dengan cek 450
  30 Bayar sewa dengan cek  600

 


DT  

AKAUN TUNAI

KT  
Tarikh Butir F

Jumlah

  Tarikh Butir F Jumlah
Jun 1
5
Baki
Nazri
b/b
 
RM 870
200
  Jun 6
16
 28
Alat tulis
Tambang
Kadar bayaran
  RM 20
30
150 
                 
  


DT  

AKAUN BANK

KT  
Tarikh Butir F Jumlah   Tarikh Butir F Jumlah
Jun 1
12
Baki
Nazri
b/b  RM 6100
200
  Jun 15
 21
29
 30
Syarikat Ramli
Syarikat Max
Upah
Sewa


 
RM 320
900
450
 600
                 


DT  

AKAUN RAMLI

KT  
Tarikh Butir F Jumlah   Tarikh Butir F Jumlah
Jun 15  Bank   RM 320          
                 


DT  

AKAUN BELIAN

KT  
Tarikh Butir F Jumlah   Tarikh Butir F Jumlah
Jun 3
8
17
19 
Syarikat Ramli
Syarikat Max
Syarikat Ramli
 Syarikat Max
  RM 320
380
420
520
         
                 

      

DT  

AKAUN JUALAN

KT  
Tarikh Butir F Jumlah   Tarikh Butir F Jumlah
Jun 5   Nazri   RM 200          
                 

  

DT  

AKAUN NAZRI

KT  
Tarikh Butir F Jumlah   Tarikh Butir F Jumlah
 Jun 5  
Jun 12 
Jualan
Tunai
  RM 200
RM 200
         
                 


DT  

AKAUN ALAT TULIS

KT  
Tarikh Butir F Jumlah   Tarikh Butir F Jumlah
Jun 6  Tunai   RM 20          
                 

 

DT  

AKAUN SYARIKAT MAX

KT  
Tarikh Butir F Jumlah   Tarikh Butir F Jumlah
Jun 21
Jun 8 
19
 Bank
Belian
Belian 
  RM 900
 RM 380
520
         
                 


DT  

AKAUN TAMBANG

KT  
Tarikh Butir F Jumlah   Tarikh Butir F Jumlah

Jun 16

Tunai  

RM 30

         
                 

 

DT  

AKAUN KADAR BAYARAN

KT  
Tarikh Butir F Jumlah   Tarikh Butir F Jumlah
Jun 28  Tunai   RM 150          
                 


DT  

AKAUN UPAH

KT  
Tarikh Butir F Jumlah   Tarikh Butir F Jumlah
 Jun 29 Bank   RM 450          
                 


DT  

AKAUN SEWA

KT  
Tarikh Butir F Jumlah   Tarikh Butir F Jumlah
 Jun 30  Bank   RM 600          
                 


3.5 Buku Tunai

  1. menyediakan format Buku Tunai dua ruangan.
  2. merekod urus niaga dengan betul.
  3. mengimbang Buku Tunai dengan betul.
Arahan : Rekodkan urus niaga yang berikut dalam Buku Tunai. Kemudian imbangkan akaun itu.
 
  Jun 1 Baki wang tunai dalam bank RM 3750
   Jun 1  Baki wang tunai dalam tangan  RM 270
   3  Belian dengan cek  280
   4  Jualan tunai  120
   5  Bayar sewa dengan tunai  100
   8   Terima komisen tunai  40
   12  Beli alat pejabat dengan cek  310
   18  Jualan barang terima cek  550
   19  Bayar Syarikat Murni dengan cek  600
   21  Terima cek daripada Zainal  420
   24  Bayar bil elektrik dengan tunai  80
   25  Terima faedah dengan tunai  60
   28  Bayar gaji dengan tunai  220

 

Dt.

Buku Tunai

Kt.

Tarikh Butir-butir F Tunai Bank   Tarikh Bank Butir-butir F Tunai Bank
Jun 1
      4
8
18
21
 25
 
Baki
Jualan
Komisen Diterima
 Jualan
Zainal 
Faedah Diterima
b/b





 
RM270
RM120
RM40
RM550

RM60
RM 3750



RM420
  Jun 3
      5 
12
19
 24
28
30
Belian
Sewa
Alat Pejabat
Syarikat Murni
Kadar Bayaran
Gaji
Baki







  h/b


RM 100


RM80
RM220
90
RM 280

RM310
RM600


3530
       490 4720          490 4720
Jul 1 Baki b/b 90 3530            
   
 
Jawapan Kemahiran Teknikal
 
 

 
  NAMA PENUH

KELAS

LUKISAN ISOMETRIK

 

 
 
 

 
  NAMA PENUH

KELAS

HAMPARAN GARIS SELARI

 

 
 
 

 
  NAMA PENUH

KELAS

HAMPARAN GARIS JEJARI

 

 
 
 

 
  NAMA PENUH

KELAS

KERATAN PENUH

 

 

 
 

 
  NAMA PENUH

KELAS

ORTOGRAFIK

 

 
 
 
 
 
 
 

 

 
 
 
 
 
 

 

 

 

 

 

Dokumen Asal disediakan oleh Pn. Ong Choon Min
SMK Bukit Jana, Kamunting

Asal

Masih dalaam pembinaan .......